Pengiklanan

    Selamat berjuang...

    (Dikemaskini )

    Pada edisi Sukan Asia kali ini yang dianjurkan di Palembang, Indonesia, kontinjen Malaysia diwakili 426 atlet dan 147 pegawai.

    Kesemua mereka bakal membawa nama negara dalam saingan 35 daripada 40 acara yang dipertandingkan.

    Festival sukan yang akan berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September itu merupakan acara sukan besar pertama yang disertai Malaysia selepas pertama kali negara ini menyaksikan perubahan bersejarah di tampuk pemerintahan.

    Dengan semangat hari kebangsaan yang bakal tiba bulan ini bertemakan 'Kita Punya Malaysia', kami di Malaysiakini dan pastinya seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan untuk atlet negara.

    Selamat berjuang.
     


     

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih