Telekom Malaysia turut terlibat dalam kempen antiberita palsu.
Syarikat telekomunikasi itu kini beriklan di stesen-stesen MRT di ibu negara untuk mempromosikan usaha membendung gejala itu.
Ia meletakkan gambar lelaki berhidung panjang, dipercayai sempena kisah teladan kanak-kanak Pinocchio yang hidungnya menjadi panjang setiap kali berbohong.
Iklan itu juga menyebut “Kongsi pembohongan menjadikan kamu pembohong”, dalam bahasa Inggeris.
TM juga memperkenalkan tanda pagar baru #fitnet, kependekan untuk “Hentikan fitnah Internet”.
Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar masih dibahaskan di parlimen.