LENSAKINI

Pabila sang singa raikan si ikan

Lim Huey Teng

13 Apr 2019, 8:39 pagi

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Sempena Tarian sambutan Tahun Baru, taman air Aquaria di KLCC, Kuala Lumpur memaparkan persembahan khas tarian singa yang turut disertai oleh hidupan lautnya, termasuk ikan dan penyu.

Tarian singa lazimnya dipersembahkan sepanjang tahun baru lunar. Ia sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa.

Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Untuk menykasikan persembahan istimewa tarian singa bawah air ini, sila kunjungi Aquaria di KLCC pada 10-11 Feb, 16-18 Feb, dan 24-25 Feb. Semua pertunjukan bermula jam 4 petang dan bertempat di Aquatheatre.

Masyarakat Cina di seluruh negara akan menyambut tahun baru ini pada Khamis ini.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.