Replika Kubah Shakhrah, yang dianggap sebagai lambang Palestin, dijunjung dalam demonstrasi anti-Israel di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur, pada Jumaat petang.
Orang ramai turut menyerahkan memorandum mendesak AS memberhentikan sokongan kepada Israel dan menuntut Masjid Al-Aqsa dikembalikan kepada rakyat Palestin.
Media Arab melaporkan polis Israel menutup masjid suci itu selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangannya.