malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
GGMM tarik balik saman terhadap k'jaan P Pinang
ADS

Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) telah menarik balik samannya terhadap kerajaan Pulau Pinang berhubung penggunaan papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.

GMMM memfailkan notis penarikan balik saman itu Selasa lalu. Ia memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 4 November lalu.

Peguam GGMM, Khairul Azam Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat kerana masalah kewangan ekoran kegagalan pihak mengumpul dana yang mencukupi bagi membiayai kos mengambil tindakan undang-undang itu.

Sebelum ini, kerajaan negeri dilaporkan telah melantik sekumpulan 10 penang mutilinggual road sign street sign 241108 peguam berprofail tinggi untuk mengendalikan kes tersebut.

Ditanya mengenai perkara itu, Khairul Azam, pelantikan peguam-peguam tersebut tiada kaitan dengan punca GGMM menarik balik samannya.

Beliau mengulangi ia semata-mata atas sebab kewangan.

Bagaimanapun, katanya, jika selepas ini ada pihak yang mahu menyumbang bantuan kewangan, GGMM bersedia memfailkan semula saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Ditanya mengenai kurangnya pihak yang bersedia menyumbang kepada GGMM untuk membiayai kes tersebut, Khairul berkata, ia mungkin perkara itu belum cukup menyentuh emosi orang Melayu.

"Ini kerana mereka tidak dapat melihat air mata kami," tambahnya.

Dalam writ saman yang difailkan pada 4 November lalu, gabungan itu memohon mahkamah mengeluarkan perintah menghalang papan tanda itu dinaikkan.

Gabungan itu turut memohon satu deklarasi dibuat berhubung Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bagi mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Writ saman telah difailkan oleh wakil gabungan itu Nik Rizman Sapian menerusi peguam Sahrihan Jani dari Tetuan Sahrihan & Hamdan, dengan menamakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

Dalam penyata tuntutan, Nik Rizman yang juga anggota GGMM, menyatakan bahawa beliau telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan supaya membatalkan keputusan memasang papan tanda nama jalan dalam pelbagai bahasa di tapak warisan Georgetown.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!