malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ronnie Liu dihadap ke mahkamah
Diterbitkan:  Nov 17, 2008 10:36 AM
Dikemaskini: 9:53 AM
ADS

Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu hari ini didakwa di mahkamah atas tuduhan bersubahat menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel tahun lalu.

ronnie liu charged in pj court 171108 02 Liu minta dibicara dan kes itu akan disebut pada 10 Februari tahun depan. Beliau didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada jam 9.40 pagi ini.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam membenarkan Liu diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Ikat jamin itu dibayar oleh abangnya John Liu.

Menurut kertas tuduhan, Liu serta beberapa pelanggan dan pekerja hotel tersebut menghalang pegawai penguatkuasa MPSJ, Mohamed Hadzlin Zulkepli daripada menutup hotel tersebut di Bandar Puchong Jaya, Selangor pada 2 November 2007.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel Chile antara jam 5.30 petang dan 6.30 petang.

Liu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran ditahan oleh polis Rabu lalu di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung kes tersebut.

Beliau juga menjaga jawatankuasa kerajaan tempatan, penyelidikan pembangunan kerajaan negeri.

Khamis lalu, Liu memfailkan notis di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mengenepikan waran tangkap ke atasnya.

Ikat jamin

12th malaysia parliament king officiate 290408 gobind Prosiding bermula dengan tuduhan dibaca kepada Liu yang diwakili oleh sepasukan lima orang peguam, yang diketuai oleh Gobind Singh Deo (kiri).

Timbalan pendakwaraya, Roslan Abu Bakar kemudian memohon supaya ikat jamin ditetapkan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Roslan dibantu oleh DPP Muhammad Iskandar Ahmad.

Roslan juga meminta peguambela yang mewakili Liu supaya menjelaskan usul yang difailkan oleh Liu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam jawapannya Gobind berkata, mahkamah harus membenarkan jaminan peribadi ke atas Liu kerana beliau adalah seorang wakil rakyat dan exco kerajaan Selangor dan kerana itu beliau tidak mungkin melarikan diri.

Berhubung permohonan pelanggannya untuk mengenepikan waran tangkap terhadapnya, Gobind berkata ia akan diserahkan kepada pejabat pendakwaraya sebaik sahaja dokumen-dokumennya di meterai oleh mahkamah.

ronnie liu charged in pj court 171108 01 Gobind kemudiannya mempersoalkan motif pihak pendakwa memutuskan untuk mendakwa Liu setahun selepas insiden berlaku pada 2 November tahun lalu.

Beliau mendakwa wujud niat tidak baik di pihak pendakwa yang membuat pendakwaan terhadap pelanggannya selepas begitu lama.

Bagaimanapun, beliau berkata pelanggannya akan membela diri dan akan menghadiri perbicaraan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Mohamad Ibrahim kemudiannya menetapkan jumlah ikat jamin itu dengan seorang penjamin. Gobind memohon tarikh untuk menyebut kes tersebut bagi membolehkan pihaknya menyediakan semua dokuman yang diperlukan dalam kes tersebut.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan tarikh 10 Februari depan untuk kes itu disebut.

Baca berita penuh .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!