malaysiakini logo
story-image
ADS

Kepimpinan di tujuh bahagian Umno yang telah bermesyuarat sehingga ini telah bertukar tangan, manakala 15 ketua bahagian lagi mengekalkan jawatan masing-masing.

Muka baru tersebut ialah Datuk Zaili Cha di Bagan Serai, Datuk Shalimin Ahmad Shafie (Taiping ), Shaifuddin Yahya (Tasek Gelugor), Abdul Manaf Hashim (Beruas), Datuk Ahmad Nawawi Md Zin (Shah Alam), Datuk Bushro Mat Johor (Subang) dan Datuk Latiff Thamby Chik (Kota Melaka).

Sebelum ini, Zaili merupakan naib ketua bahagian, Shalimin pula ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, Shaifuddin (AJK ), Abdul Manaf (naib ketua bahagian), Ahmad Nawawi (timbalan ketua bahagian), Bushro (naib ketua bahagian) manakala Latiff pula timbalan ketua bahagian.

umno 2008 annual general meeting 310708 Ketua Umno Shah Alam, Datuk Salamon Selamat; ketua Umno Bagan Serai Datuk Zainal Abidin Zin dan ketua Umno Subang, Mokhtar Ahmad Dahalan, tidak mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan kali ini.

Mesyuarat perwakilan kali ini juga menyaksikan empat ketua bahagian gagal mempertahankan jawatan masing.

Mereka ialah Datuk Mohd Shariff Omar (Tasek Gelugor) Datuk Hamdi Abu Bakar (Beruas), Datuk Dr Abdul Malek Mohd Hanafiah (Taiping) dan Datuk Amid Nordin (Kota Melaka).

Mohd Shariff tewas kepada Shaifuddin, Hamdi tewas kepada Abdul Manaf, Dr Abdul Malek tewas di tangan Ahmad Shalilmin manakala Amid tewaskan kepada Latiff.

Di Beruas pula, Zaili menewaskan ketua Pemuda Bagan Serai, Mohd Noor Dawoo; Bushro pula mengalahkan timbalan ketua bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail. Ahmad Shalimin mengalahkan ketua bahagian Taiping, Datuk Dr Abdul Malek Mohd Hanafiah manakala Latiff menewaskan ketua bahagian Kota Melaka, Datuk Amid Nordin.

Dalam pertandingan tersebut, Zaili mengalahkan ketua Pemuda Bagan Serai, Mohd Noor Dawoo; Bushro mengalahkan timbalan ketua bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail manakala Ahmad Nawawi menang tanpa bertanding di Shah Alam.

Manakala ketua bahagian yang mengekalkan jawatan masing-masing ialah Datuk Jamaluddin Jarjis (Rompin), Datuk Dr Abdul Latif Ahmad (Mersing), Datuk Hasni Mohamad (Pontian) Datuk Mohd Shafie Apdal (Semporna), Datuk Feisal Diego (Kota Kinabalu) dan Datuk Abdul Ghapur Salleh (Kalabakan).

Manakala yang lainnya ialah Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi (Batu Pahat), Datuk Wan Adnan Ismail (Kuantan), Datuk Syed Ali Alhabshee (Cheras), Datuk Lilah Yassin (Jempol), Datuk Seri Rais Yatim (Jelebu), Datuk Halim Rusdi (Rasah), Datuk Abdul Rahman Sulaiman (Parit Buntar) dan Datuk Omar Faudzar (Bukit Gelugor).

Jamaluddin, Dr Abdul Latif, Mohd Shafie, Feisal, Abdul Ghapur, Dr Mohd Fuad, Wan Adnan Syed Ali, Lilah, Abdul Rahman dan Omar, menang tanpa bertanding.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!