malaysiakini logo
ADS
story-image
ADS

Untuk mengatasi krisis kenaikan harga makanan, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencadangkan negara memperkenalkan kembali program Buku Hijau dan mencontohi sistem pertanian organik seperti dijalankan di Cuba.

Cadangan parti itu termasuk dalam 21 resolusi kongres ke-10 parti yang belum didaftarkan itu yang berakhir hujung minggu lepas.

psm agm in port dickson 300508 04 Program itu pernah diperkenalkan oleh perdana menteri Tun Abdul Razak Hussein pada 1970-an.

Selain itu, PSM juga menyeru negeri-negeri Pakatan Rakyat "melaksanakan tindakan-tindakan yang akan menjadi satu tekanan kepada kerajaan BN".

Tindakan tersebut termasuklah pilihanraya kerajaan tempatan, menunaikan manifesto pilihanraya mengenai isu-isu kebajikan khususnya dalam bidang kesihatan dan pendidikan, dan memansuhkan tol.

ADS

Parti pimpinan Dr Nasir Hashim, yang ditolak pendaftarannya, juga menggesa Malaysia menghentikan "projek-projek neo-liberal" dan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat dan negara lain dengan alasan ia akan menggadai hak pekerja dan membawa implikasi buruk kepada masyarakat miskin di Malaysia.

Resolusi-resolusi lain termasuklah:

bullet button menyekat dengan serta-merta pembinaan hospital swasta agar tidak "memperniagakan nyawa rakyat."

ADS

bullet button mencadangkan pembatalan program menghantar angkasawan kerana dianggap membazir dan dijadikan "satu propaganda murahan",

bullet button menggunakan bahasa ibunda dalam mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil - ketika ini bahasa Inggeris dijadikan pengantar dua subjek berkenaan,

bullet button kesatuan sekerja diberikan hak pendaftaran secara automatik, termasuk meluluskan permohonan pendaftaran PSM setelah 10 tahun tertangguh,

bullet button merombak semula mekanisme pemberian Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk melindungi sepenuhnya pekerja yang ditimpa kemalangan,

bullet button psm agm in port dickson 300508 03 mendesak pelaksanaan serta-merta Suruhanjaya Bebas Salah Laku dan Aduan Polis (IPCMC) bagi mengatasi masalah salah guna kuasa dalam pasukan polis,

Sementara itu, berbeza dengan laporan awal Malaysiakini , PSM menjelaskan bahawa parti itu tidak pernah mengundang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam kongresnya kali ini yang diadakan di Port Dickson selama tiga hari bermula Jumaat lepas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!