malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hanif bebas tuduhan bunuh Noritta
Diterbitkan:  Mar 28, 2008 2:31 PM
Dikemaskini: 5:52 PM
ADS

Jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam Hanif Basree Abdul Rahman dibebaskan daripada pertuduhan membunuh pegawai eksekutif pembangunan perniagaan Noritta Samsudin setelah Mahkamah Persekutuan pagi ini mengekalkan keputusan tidak bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi.

hanif basree abdul rahman Panel lima hakim terdiri Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Abdul Rahman, Datuk Hashim Yusoff, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Hanif (foto) .

Zaki, yang membacakan penghakiman hari ini, berkata Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah meneliti dengan betul semua keterangan dan menggunakan prinsip yang betul dalam membuat keputusannya.

"Dalam kes ini, pihak pendakwaan tidak melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Hakim bertindak betul dengan tidak memanggil Hanif membuat pembelaan, dan seterusnya membebas dan melepaskannya," kata Zaki.

Menurut Bernama , pada 29 Jan 2005, Mahkamah Rayuan menolak rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat pada Julai 2004 bagi membebaskan Hanif tanpa memanggilnya membuat pembelaan.

noritta samsuddin Hanif, 39, dituduh membunuh Noritta (foto kiri) , 22, di No D-7-1, Puncak Prima Galleria Condominium di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, antara jam 1.30 pagi dan 4 pagi pada 5 Disember 2003.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!