malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Bekas Pengerusi TH, KSU tiba di mahkamah untuk prosiding reman
Diterbitkan:  Aug 27, 2026 9:57 AM
Dikemaskini: 1:57 AM
ADS

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai agensi berkenaan.

Kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu tiba pada jam 9.31 pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Turut kelihatan, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH yang sebelum ini direman pada 21 Ogos lepas.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman mengesahkan mereka ditahan pada 4 petang selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan.

Laporan RCI itu didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen