malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Iran serang pangkalan AS di Kuwait, tindak balas pelanggaran Pulau Qeshm
Diterbitkan:  Jun 3, 2026 3:10 PM
Dikemaskini: 7:10 AM
ADS

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan awal Rabu, serangan yang menyasarkan pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Kuwait dilancarkan selepas apa yang disifatkannya sebagai serangan AS di Pulau Qeshm di selatan Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut IRGC dalam kenyataan, Pasukan Aeroangkasanya melakukan serangan peluru berpandu menyasarkan pangkalan tentera AS di Kuwait sebagai tindak balas terhadap apa yang disebutnya sebagai pencabulan kedaulatan Iran di Pulau Qeshm.

Ia memberi amaran sebarang serangan lanjut terhadap Iran akan disambut dengan tindak balas yang "tegas", mengatakan pasukan yang terlibat dalam tindakan terhadap Iran akan berdepan akibat.

Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas penyiar negara Iran IRIB melaporkan beberapa letupan berhampiran kawasan Suza dan Masen di Pulau Qeshm.

Ketegangan serantau semakin memuncak sejak akhir Februari selepas AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran, mengorbankan lebih 3,000 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Gencatan senjata yang diusahakan Pakistan berkuat kuasa pada 8 April namun usaha untuk mencapai perjanjian damai gagal setakat ini.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen