malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dari riba ke penjara, pasangan kekasih turut didenda RM10,000
Diterbitkan:  Apr 17, 2026 1:11 PM
Dikemaskini: 6:24 AM
ADS
  • Dikemas kini dengan maklumat terkini.


Seorang lelaki yang memandu bas sambil meriba kekasih dihukum penjara setahun manakala kekasihnya enam bulan.

Arif Fahmi Abd Salam, 36, dan Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah, 21, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya di Mahkamah Majistret Jasin.

Mereka berdua dilaporkan turut didenda RM5,000 setiap seorang, dengan kegagalan membayarkan menyebabkan denda ditambah dua bulan.

Terdahulu tular aksi Arif Fahmi--yang kemudian dipecat serta-merta--memandu bas sambil meriba Nur Adila ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor, Ahad lalu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di  susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, pada lewat petang, 12 April. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen