malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM siasat bekas menteri berkaitan projek 'jutaan ringgit' - sumber
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap seorang bekas menteri atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan projek di ibu kota, dakwa sumber.

Siasatan terbaru itu dilancarkan selepas agensi antirasuah berkenaan memperoleh "maklumat risikan baru" baru-baru ini, meskipun dakwaan tersebut dipercayai berlaku hampir sedekad lalu.

Sumber dalaman SPRM mengesahkan siasatan itu kepada Malaysiakini.

"Tumpuan siasatan adalah berkaitan kelulusan beberapa projek bawah seliaan Wilayah Persekutuan ketika individu itu memegang jawatan.

"Antara perkara yang diteliti termasuklah kelulusan kontrak pembinaan papan iklan gergasi serta isu pemindahan hak milik sebidang tanah kerajaan. Tanah tersebut didakwa telah dipindah milik kepada sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka bawah keadaan yang mencurigakan.

"Pihak kami hanya menerima maklumat risikan yang kukuh dan segar pada akhir bulan lalu, yang kemudiannya membawa kepada pembukaan fail siasatan ini," kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, pegawai penyiasat sedang memperincikan rantaian hubungan antara bekas menteri berkenaan dengan syarikat-syarikat yang mendapat manfaat daripada projek tersebut.

Walaupun jumlah sebenar belum dapat dipastikan sepenuhnya, sumber itu membayangkan nilai penyelewengan tersebut dianggarkan mencecah "jutaan ringgit".

"SPRM kini dalam fasa mengumpul dokumen-dokumen berkaitan bagi melengkapkan profil kes sebelum tindakan lanjut diambil," jelas sumber itu lagi.

"Beberapa saksi penting termasuk individu yang mempunyai maklumat terus akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan," katanya lagi.

Sementara, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan siasatan tersebut kepada portal New Straits Times.

Azam Baki

Menurutnya, pasukan penyiasat segera digerakkan sejurus mendapat petunjuk baru bagi memastikan tiada bukti yang hilang atau dimanipulasi.

"Kami akan memanggil beberapa 'orang berkepentingan' untuk memberikan keterangan bagi memudah cara proses siasatan ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen