malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Asyraf Wajdi bangkitkan sentimen tentang Marhamah, Adam Adli
Diterbitkan:  Dec 17, 2025 1:11 PM
Dikemaskini: 6:41 AM
ADS

Umno membangkitkan sentimen seputar pelantikan Marhamah Rosli sebagai timbalan menteri agama dan Adam Adli Abd Halim sebagai timbalan menteri pengajian tinggi.

Setiausaha agungnya Asyraf Wajdi Dusuki berkata Marhamah adalah personaliti yang penuh kontroversi, antaranya dalam isu kematian Zara Qairina Mahathir serta dakwaan ‘scam’ (penipuan) emas melibatkan nilai RM14 juta.

Adam pula, katanya, lantang menuntut pemansuhan tabung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semasa era BN dahulu.

“Ini hanyalah sebahagian daripada sentimen yang kuat berlegar di ruangan media sosial sejak pengumuman semalam. 

“Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana,” katanya.

Adam ketika menjadi aktivis pelajar

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Marhamah dan Adam berkaitan perkara ini.

‘Dia juga mangsa, bukan ejen’

Sementara itu, bekas pemimpin PKR dan penceramah Badrulamin Bahron, tampil mempertahankan Marhamah yang juga anak saudaranya.

Badrulamin berkata Marhamah dan NGO yang terlibat mengutip sumbangan untuk keluarga Zara Qairina mendapat permit daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Katanya, polis juga diberitahu dan kutipan itu diaudit.

Berkenaan tuduhan penipuan emas, Badrulamin berkata Marhamah bukan ejen tetapi juga mangsa dalam kes itu.

Dalam kenyataan sama di media sosial, Asyraf turut membangkitkan isu pelantikan menteri dan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, yang kedua-duanya berbangsa Cina.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen