malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Trump arah sekatan penuh terhadap kapal tangki minyak Venezuela
ADS

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam berkata dia telah mengarahkan sekatan menyeluruh ke atas semua kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan ke dan dari Venezuela, sekali gus meningkatkan tekanan yang telah berlarutan selama beberapa bulan terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro, lapor Xinhua.

“Hari ini, saya mengarahkan sekatan menyeluruh dan lengkap ke atas semua kapal tangki minyak yang dikenakan sekatan yang masuk ke dan keluar dari Venezuela,” kata Trump dalam satu hantaran di platform media sosialnya, Truth Social.

Trump turut berkata bahawa kerajaan Venezuela telah ditetapkan sebagai sebuah “organisasi pengganas asing”, sambil menuduhnya terlibat dalam pelbagai jenayah termasuk keganasan, penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia.

Menurut Trump, Amerika Syarikat tidak akan membenarkan sebuah pentadbiran yang bermusuhan mengambil minyak, tanah atau sebarang aset lain miliknya, dan menuntut supaya Venezuela mengembalikan semua aset yang menurutnya telah dicuri sebelum ini.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen