malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Johari: Hanya orang Islam boleh guna perkataan 'Allah'
ADS

Perkataan 'Allah' hanya boleh digunakan dalam agama Islam dan bukan untuk agama-agama yang lain, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum.

Ditanya mengapa syarat baru dikenakan terhadap akhbar mingguan Katholik - Herald - apabila permit penerbitannya hendak diperbaharui, Johari berkata, ia bertujuan untuk mengelak sebarang kekeliruan.

“Hanya orang Islam boleh menggunakan ‘Allah’. Ia perkataan dalam Islam. Ianya dari (bahasa) Arab. Kita tidak boleh biarkan agama lain menggunakannya kerana ia boleh mengelirukan orang ramai," katanya ketika dihubungi hari ini.

“Kita tidak benarkan penggunaan 'Allah' dalam penerbitan bukan Islam, orang lain tidak boleh, kecuali bagi orang Islam. Perkataan 'Allah' digunakan oleh Katholik. Itu tidak betul," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Unlocking Article
Unlocking Article