malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
2 kanak-kanak dihanyut arus dalam longkang besar
Diterbitkan:  Dec 4, 2025 9:54 PM
Dikemaskini: 1:54 PM
ADS

Dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.32 petang.

Katanya kejadian tersebut melibatkan kanak-kanak berusia 12 dan 14 tahun.

Susulan panggilan itu, kata Ahmad Mukhlis, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bersama enam anggota digerakkan ke lokasi sebelum tiba di sana pada jam 6.39 petang

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan di kawasan longkang utama oleh pasukan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ahmad Mukhlis berkata kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen