malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘Tei bukan hero, tapi pemegang jawatan patut dipertanggungjawab dulu’
Diterbitkan:  Dec 4, 2025 2:38 PM
Dikemaskini: 6:43 AM
ADS

Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli tidak bersetuju dengan pihak yang cuba mengangkat ahli perniagaan Albert Tei sebagai “wira pendedah maklumat”.

"Whistleblower (pendedah maklumat) sebenar ialah orang dalam sistem yang dedahkan salah laku tanpa apa-apa kepentingan, sanggup ambil risiko atas dasar prinsip, bukan broker yang tersepit sebab duit tauke sudah bergerak,” katanya.

Tei dan Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini diheret ke mahkamah setelah mendedahkan dia menyalurkan lebih RM600,000 kepada bekas setiausaha politik kanan perdana itu.

Shamsul ketika dibawa ke mahkamah hari ini

Mereka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan memberi dan menerima rasuah bernilai RM176,830.

Bagaimanapun, katanya, penerima sebagai pemegang jawatan awam yang mendapat mandat rakyat sepatutnya dipertanggungjawabkan terlebih dahulu.

Dihampiri orang tengah

Rafizi berkata demikian ketika menjawab soalan dalam sisi audio siar YBM ketika ditanya sama ada Tei pernah berjumpa dengannya.

“Jawapan mudah: ya, ada orang tengah datang sampaikan mesej kononnya mewakili Albert. 

“Tapi saya memang tak berminat dari awal sebab saya nampak ini cuma satu lagi contoh biasa dalam politik Malaysia. Ada yang bayar, ada yang terima, dan semua orang pura-pura terkejut bila terbongkar.

“Bagi saya, ini hanya ‘deal (rundingan) yang tak menjadi’, bukan cerita hero lawan penjahat,” katanya.

Albert Tei

Tei terdahulu membuat dakwaan sama melibatkan ramai wakil rakyat Sabah bagi mendapatkan lesen penerokaan mineral di negeri itu.

Dia mendedahkan beberapa siri rakaman rundingan dan tangkap layar perbualan Whatsapp bagi menyokong dakwaannya.

Dia turut berdepan dakwaan rasuah di mahkamah di Sabah bersama dua lagi anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen