Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata dia bersedia untuk berbincang dengan pemimpin Umno mengenai titah adendum membabitkan bekas presiden parti itu, Najib Razak.
Anwar berkata dia turut mengambil maklum ramai ketua Umno bahagian membangkitkan isu tersebut baru-baru ini.
“Saya sedia mengadakan perbincangan dengan mereka, memberi penjelasan sekiranya perlu atau melakukan apa yang baik untuk menjaga keharmonian,” katanya,” katanya seperti dilapor Free Malaysia Today hari ini.
Semalam, seramai 160 daripada 191 ketua bahagian Umno menggesa Anwar melaksanakan titah tambahan itu tanpa berlengah lagi, yang akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.
Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafei Abdullah, mengingatkan kerajaan bahawa Istana Pahang telah mengesahkan kewujudan dokumen tersebut melalui sepucuk surat bertarikh 4 Januari, selain keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari.


