malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jangan spekulasi kes pelajar maut jatuh bangunan - Fadhlina
Diterbitkan:  Jul 18, 2025 12:30 PM
Dikemaskini: 4:30 AM
ADS

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta orang ramai tidak membuat spekulasi berkaitan kematian seorang pelajar tingkatan satu di Sabah, selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.

Meminta privasi keluarga dihormati, dia juga berkata sebarang spekulasi mungkin boleh mengganggu siasatan polis.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasar kepada hasil siasatan tersebut,” katanya yang turut mengucapkan takziah dan mendoakan keluarga diberi ketabahan menghadapi ujian berat.

Semalam pengguna Facebook menggunakan nama Dun Sindumin Sipitang memuat naik hantaran mengenai kejadian melibatkan seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan di Sabah.

Sementara itu, memetik tulisan di Facebook, Bernama melaporkan komitmen Fadhlina supaya Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak berkuasa.

“Saya dan Pengurusan Tertinggi Kementerian telah menziarahi keluarganya di hospital bagi memastikan semua keperluan disediakan dan kebajikan keluarga terpelihara.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga itu termasuk dalam aspek sokongan psikososial,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen