malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Masih terlalu awal beri komen isu calon duta AS - Mat Hasan
Diterbitkan:  Jul 17, 2025 8:53 PM
Dikemaskini: 12:53 PM
ADS

Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan berkata masih terlalu awal untuk mengulas mengenai kemungkinan pempengaruh Australia-Amerika Nick Adams menjadi duta AS ke Malaysia.

Dia menyebut bahawa pelantikan Adams masih belum disahkan oleh Senat AS.

"Soal Nick Adam itu belum lagi dibawa(diputuskan) dalam Senat AS, biar merekalah buat.

"Beliau belum ada apa-apa lagi pun. Jadi terlalu awal untuk saya beri komen," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Pada 11 Julai, The New York Times melaporkan bahawa Presiden AS Donald Trump telah mencalonkan Adams untuk berkhidmat sebagai duta AS seterusnya ke Malaysia.

Adams, seorang pro-Zionis dan mendakwa dirinya "lelaki alfa", berkata dia teruja dengan pencalonan itu dan berjanji untuk menyebarkan kemurahan hati Trump kepada rakyat Malaysia, sambil menambah dia juga teruja untuk merasai budaya Malaysia.

Bagaimanapun, pencalonan Adams menerima kritikan daripada banyak pihak di negara ini, merentasi jurang politik.

Pemuda PKR dijadual mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan AS esok.

Sementara itu, Mohamad berkata Putrajaya masih berunding dengan rakan sejawatannya dari AS berhubung tarif akan datang pada 1 Ogos.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen