Presiden Amerika Syarikt Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan notis rasmi kepada lebih 150 negara berkaitan kadar tarif yang dicadangkan antara 10 hingga 15 peratus, sebagai sebahagian daripada inisiatif dasar perdagangannya.
“Kita akan menghantar notis pembayaran kepada lebih 150 negara, dan notis itu akan menyatakan kadar tarif yang dikenakan,” lapor Bloomberg memetik kenyataan Trump kepada pemberita di Rumah Putih semalam.
Trump dilaporkan berkata negara-negara yang akan menerima surat tersebut “bukan negara besar, dan mereka tidak banyak menjalankan urus niaga”.
Bloomberg turut melaporkan bahawa dalam satu wawancara bersama Real America’s Voice pada hari yang sama, Trump berkata kadar itu “mungkin 10 atau 15%, kita belum putuskan lagi.”

