malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Berkuda, berjalan jadi rutin kecergasan Sultan Ibrahim
Diterbitkan:  Jul 17, 2025 11:06 AM
Dikemaskini: 3:06 AM
ADS

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjadikan aktiviti berkuda dan senaman berjalan sebagai antara rutin kecergasan.

Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda dilaporkan membuat persiapan seawal jam 5 pagi untuk menunggang kuda di sekitar kawasan Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

“Seri Paduka Baginda amat berpengetahuan luas dalam sukan berkuda dan merupakan pemain polo yang berpengalaman.

“Bagi Seri Paduka Baginda, aktiviti berkuda bukan sekadar beriadah malah membantu meningkatkan kekuatan otot, selain kekal fokus dan disiplin,” menurut hantaran itu.

Beberapa keping foto Sultan Ibrahim melakukan aktiviti berkenaan turut dimuat naik bersama hantaran itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen