malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kongsi gambar Izzah, Nik Nazmi gesa tanda tangan petisyen
Diterbitkan: Ā Jul 14, 2025 3:35 PM
ā‹…
Dikemaskini: 7:35 AM
ADS

Bekas naib presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa ketua-ketua cabang parti itu menandatangani petisyen dalam talian oleh bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bagi mempertahankan integriti badan kehakiman.

"Alhamdulillah, PKR raikan kepelbagaian pandangan dan terbuka dengan kritikan.

"Saya harap ketua-ketua cabang boleh tandatangan petisyen tuntut siasatan terbuka dan bebas isu kehakiman.

"Bukan nak habiskan masa nak gantung sembilan ahli parlimen PKR," ciap dalam media sosial X.

Dia turut memuat naik gambar Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar menyertai perhimpunan peguam mempertahankan badan kehakiman di Putrajaya hari ini.

Sebelum ini, Rafizi melancarkan petisyen bagi mendapatkan sokongan awam terhadap badan kehakiman yang bebas dan berintegriti, di samping menggerakkan tekanan masyarakat untuk mempertahankan pemisahan kuasa serta kedaulatan undang-undang.

Pada Isnin, Rafizi bersama lapan lagi anggota parlimen PKR menggesa penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) dan agar Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Reformasi Institusi menyiasat dakwaan campur tangan dalam badan kehakiman.

Mereka menyeru RCI menyiasat dakwaan kerajaan mengabaikan cadangan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) sebelum persaraan bekas ketua hakim negara, Tengku Maimun Tuan Mat, termasuk cadangan pelantikan ketua hakim negara dan presiden Mahkamah Rayuan.

Susulan gesaan Rafizi menubuhkan RCI, sekumpulan besar ketua-ketua cabang menuntut setiausaha agung PKR Fuziah Salleh supaya mengambil tindakan penggantungan sementara terhadap sembilan ahli parlimen tersebut.

Setakat ini, 19 ketua cabang dari Johor dan 11 ketua cabang PKR dari Kedah menggesa penggantungan Rafizi dan lapan ahli parlimen itu kerana dituduh melanggar disiplin parti.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen