malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Peguam berarak tuntut kebebasan badan kehakiman petang ini
Diterbitkan:  Jul 14, 2025 11:26 AM
Dikemaskini: 3:26 AM
ADS

Badan Peguam Malaysia akan berarak beramai-ramai di Putrajaya pada awal petang ini untuk menyatakan tuntutan mereka agar kebebasan badan kehakiman di negara ini dipertahankan.

Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman itu dijangka bermula pada jam 2 petang dari Istana Kehakiman sebelum berakhir di Pejabat Perdana Menteri yang terletak kira-kira 2.5km antara satu sama lain.

Di situ para peguam terbabit akan mengemukakan memorandum berisi empat tuntutan iaitu mengisi kekosongan jawatan tertinggi kehakiman, mengeluarkan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) baru-baru ini, membentuk suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat campur tangan kehakiman, dan menangani kekosongan keseluruhan kehakiman.

Perarakan tersebut turut disertai wakil pertubuhan masyarakat sivil dan parti pembangkang.

Malaysiakini akan melaporkan perarakan itu secara langsung dari lokasi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen