Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan awal pagi tadi.
Perkara berkenaan disahkan oleh pembantunya, Sufi Yusoff ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Dr Mahathir kini berada di bawah pemantauan di IJN kerana keletihan,” katanya.
Sufi berkata Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada Khamis lepas dijangka dibenarkan keluar pada lewat petang.
Pada padi tadi, Dr Mahahthir menghadiri acara “Picnic & Potluck” sempena meraikan ulang tahun kelahirannya serta isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menyambut ulang tahun ke-99 semalam.
Menurut laporan media, Dr Mahathir turut meluangkan masa berbasikal mengelilingi Tasik Putrajaya pada acara berkenaan.
-Bernama

