malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ibu dakwa anak 11 tahun dikasari guru sekolah
Diterbitkan:  Jul 10, 2025 4:53 PM
Dikemaskini: 8:53 AM
ADS

Seorang wanita mendakwa anak lelakinya berusia 11 tahun trauma akibat dikasari oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah di sini kelmarin.

Wanita itu mendakwa guru berkenaan telah memarahi anaknya sebelum menampar pipi kiri, dan menarik rambut serta kedua-dua telinga sebelum menolak anaknya sehingga terkena meja.

"Anak maklumkan bahawa guru itu masuk bagi menggantikan subjek pelajaran yang lain … . Kira-kira 1.15 tengah hari, ada seorang waris murid telefon saya dan maklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Wanita itu dan suaminya kemudian membawa anak mereka ke sebuah hospital swasta dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di bahagian dalam telinga selain cuping berdarah sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Langgar.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah laporan awal telah diterima daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berhubung perkara berkenaan.

“JPN Kedah sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Kami bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh dan telus,” menurut kenyataan itu.

Sebarang tindakan yang bakal diambil adalah berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan oleh KPM.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen