malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dua lelaki dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Diterbitkan:  Jul 9, 2025 10:06 PM
Dikemaskini: 2:06 PM
ADS

Dua lelaki yang dilaporkan hilang sejak semalam dan 27 Jun lepas setelah keluar dari rumah masing-masing ditemukan meninggal dunia di dua lokasi berasinga n di Ayer Tawar, Sitiawan dekat Manjung hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira 9.39 pagi tadi daripada orang awam mengenai penemuan mangsa pertama yang berusia 50 tahun di dalam kebun kelapa sawit di Jalan Taman Sri Perak 2.

"Mangsa kedua berusia 55 tahun pula ditemukan di sebuah rumah kosong di Lorong 1, Taman Biru kira-kira 8.30 pagi tadi dalam keadaan mayat telah reput," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan maklumat ke Balai Polis Ayer Tawar di talian 05-6722222 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di talian 05-6886222 atau hotline WhatsApp 017-6828005," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen