malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ramanan ingatkan ahli PKR tentang kebebasan bersuara
Diterbitkan:  Jul 8, 2025 6:10 PM
Dikemaskini: 10:10 AM
ADS

Semua ahli PKR diingatkan untuk tidak menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dalam parti dengan menimbulkan fitnah dan tohmahan.

Naib Presiden PKR R Ramanan berkata sebaliknya hak kebebasan bersuara perlu digunakan secara berhemah dan beretika.

“Inilah kelebihan dan kehebatan PKR dan kerajaan hari ini, kerana semua orang berhak bersuara, tetapi saya ingin ingatkan, jangan buat fitnah.

“Kita memang ada kebebasan bersuara tetapi apabila ia disalah guna untuk memfitnah, maka hilanglah kebebasan itu.

“Tidak salah untuk bercakap dan meluahkan pandangan, asalkan dengan fakta dan disiplin,” katanya.

Ramanan berkata demikian kepada media selepas merasmikan program The Changemakers of Inti International College Subang dan seminar anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) di Subang Jaya hari ini.

Semalam, sekumpulan ahli parlimen PKR membangkitkan isu kehakiman selain meminta satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan berhubung pelantikan hakim.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen