malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'PM harus cuti sementara, beri laluan RCI siasat isu kehakiman'
Diterbitkan:  Jul 7, 2025 11:41 PM
Dikemaskini: 3:45 PM
ADS

Seorang pemimpin akar umbi Bersatu menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil cuti sementara bagi memberi laluan kepada siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan berhubung pelantikan kehakiman baru-baru ini.

Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata langkah ini wajar bagi memelihara integriti proses siasatan serta memastikan sebarang dapatan yang dikemukakan RCI itu bebas dan telus.

“Meskipun tiada peruntukan khusus dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan penggantungan jawatan perdana menteri, tindakan ini boleh dilaksanakan atas prinsip akauntabiliti dan kebertanggungjawaban moral dalam tadbir urus.

“Seorang perdana menteri seharusnya, atas pertimbangan dan keinsafan sendiri, mengambil cuti sementara bagi memberi laluan kepada siasatan yang bebas daripada sebarang pengaruh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shafiq, Anwar boleh menyerahkan urusan pentadbiran negara kepada timbalannya buat sementara waktu.

““Sekiranya hasil siasatan kelak memihak secara positif, Anwar boleh kembali menjalankan tanggungjawab selaku perdana menteri seperti sedia kala,” tambahnya.

Terdahulu hari ini, sembilan ahli parlimen PKR dalam satu kenyataan bersama menuntut pembentukan RCI bagi menyiasat dakwaan berkaitan fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Kumpulan itu, yang diketuai bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli, menyuarakan kebimbangan bahawa sedang berlaku skandal pelantikan kehakiman berikutan dakwaan kerajaan tidak bertindak ke atas cadangan calon-calon daripada JAC yang dikemukakan sebelum persaraan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat.

Mereka juga bimbang dengan dakwaan bahawa JAC telah dipanggil untuk satu mesyuarat tergempar yang dikatakan melanggar peraturan notis 10 hari bagi mencadangkan calon-calon baru untuk kekosongan jawatan tersebut.

Isu lain yang turut dibangkitkan ialah dakwaan bahawa JAC pernah mempersoalkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan berhubung dakwaan campur tangan kehakiman.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen