malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
NGO: Model pengambilan pekerja asing bawa risiko 'perhambaan moden'
Diterbitkan:  Jul 7, 2025 6:00 PM
Dikemaskini: 10:00 AM
ADS

Malaysia berisiko menjadi pusat perhambaan moden sekiranya kegagalan sistemik dalam proses pengambilan pekerja asing tidak ditangani, kata kumpulan hak pekerja migran, Tenaganita.

Pengarah Eksekutifnya, Glorene Das menyeru kerajaan merombak sepenuhnya model pengambilan pekerja sedia ada, dan beralih kepada perjanjian buruh dua hala yang mengikat secara sah dengan semua negara sumber.

“Memorandum persefahaman (MoU) yang sedia ada dengan Bangladesh dan negara sumber lain adalah tidak mengikat dan tidak boleh dikuatkuasakan.

“Ia dirangka tanpa libat urus bermakna bersama masyarakat sivil, kesatuan sekerja atau wakil pekerja migran. Hasilnya, wujud ruang bagi segelintir agensi berkepentingan politik untuk memonopoli pengambilan pekerja atas nama ‘sah di sisi undang-undang’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Glorene menambah agensi-agensi ini sering diberikan kuota tanpa proses tapisan sewajarnya, meskipun ada antara mereka tidak mempunyai operasi perniagaan sebenar atau kapasiti kewangan yang mencukupi.

Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene Das

Dia menjelaskan bahawa sistem perjanjian dua hala yang dicadangkan harus berteraskan hak asasi, boleh dikuatkuasakan, serta dibangunkan melalui rundingan pelbagai pihak.

“Perjanjian itu mesti merangkumi ketetapan jelas berkenaan pengambilan secara beretika, jaminan pekerjaan, mekanisme aduan, perlindungan gaji, dan struktur pemantauan,” katanya lagi.

Pada 3 Julai lalu, seorang penasihat kepada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh menggesa agar perjanjian sedia ada dengan Malaysia dikaji semula.

Menurut laporan The Daily Star di Bangladesh, Prof Dr Asif Nazrul berkata perjanjian pada masa ini mengukuhkan sistem sindiket yang semakin dipersoal oleh pelbagai pihak.

Namun, katanya, untuk menghapuskan sistem sindiket ini, perjanjian tersebut perlu dipinda terlebih dahulu.

“Kita tidak boleh paksa Malaysia untuk mengubah perjanjian itu. Jika mereka enggan, kita cuma ada dua pilihan – ikut syarat mereka dan hantar pekerja melalui 20, 50 atau 100 agensi, atau hentikan terus penghantaran pekerja,” katanya seperti dipetik.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen