malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Muda tawar semula jawatan presiden pada Syed Saddiq
Diterbitkan:  Jun 26, 2025 10:41 AM
Dikemaskini: 4:26 AM
ADS

Jawatankuasa eksekutif pusat Muda sebulat suara memutuskan untuk menawarkan kembali jawatan presiden parti kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ini selepas Mahkamah Rayuan semalam membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan dalam kes rasuah RM1.12 jutanya.

Pemangku presiden parti Amira Aisya Abd Aziz berkata kepulangan Syed Saddiq menerajui kepimpinan parti itu akan memperkukuh parti terutama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

Namun, kata Amira, jawatankuasa itu menghormati pendirian Syed Saddiq untuk diberi masa membincangkan tawaran itu.

Syed Saddiq meletak jawatan sebagai presiden parti pada Nov 2023 selepas Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes mereka atas semua pertuduhan.

Pendakwa raya merancang untuk merayu pembebasan itu di Mahkamah Persekutuan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen