malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
‘MSNS akan bincang syarat pakai pelindung mata di pertandingan pickleball’
ADS

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan mengadakan perbincangan dengan persatuan pickleball negeri itu berhubung cadangan keperluan pemakaian pelindung mata dalam pertandingan sukan itu di Selangor.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata langkah itu boleh meningkatkan aspek keselamatan dalam kalangan pemain, khususnya apabila sukan tersebut semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Secara peribadi saya setuju jika pemakaian pelindung mata diterapkan dalam semua pertandingan pickleball.

“Di peringkat negeri Selangor, saya akan minta pihak MSNS berbincang dengan persatuan pickleball negeri untuk menilai dan menyelaraskan cadangan ini agar dapat diterapkan dalam pertandingan-pertandingan pada masa akan datang,” katanya kepada Malaysiakini.

Ia susulan langkah St John Ambulans Malaysia Kawasan Pantai Selangor untuk menganjurkan pertandingan pickleball yang mewajibkan peserta untuk memakai pelindung mata, pada Ogos ini. 

Pengerusi Jawatankuasa St John Pickle Cup 1.0, Shawn Lee berkata ia bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya perlindungan diri semasa bersukan.

Najwan berkata pihaknya menyambut baik inisiatif pertubuhan itu dan berharap ia dapat dijadikan sebagai garis panduan keselamatan dalam penganjuran pertandingan sukan itu di masa akan datang.

“Terima kasih kepada St John Ambulans Malaysia Kawasan Pantai Selangor yang mengutarakan hal ini serta mengambil inisiatif untuk melaksanakannya sebagai panduan kepada peminat sukan pickleball,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen