malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mohd Khalid mulakan tugas rasmi sebagai IGP hari ini
Diterbitkan:  Jun 23, 2025 6:13 PM
Dikemaskini: 10:13 AM
ADS

Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Polis Negara ke-15, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Mohd Khalid tiba di ibu pejabat pasukan keselamatan itu di Bukit Aman dengan menaiki kenderaan rasmi dan menerima penghormatan Guard Turn Out oleh Cawangan Kem Komandan sebagai tanda bermulanya era baharu kepimpinan tertinggi pasukan.

Menurut PDRM, ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Pengurusan Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Sri Muhammed Hasbullah Ali.

“Mohd Khalid kemudian diiringi ke tingkat 31 untuk menandatangani dokumen pelantikan sebagai simbolik permulaan tugas.

“Majlis turut diserikan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Azhan Abdul Halim,” menurut PDRM dalam hantaran di Facebook.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen