malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
TPM yakin PDRM kekal diyakini bawah kepimpinan Khalid
Diterbitkan:  Jun 21, 2025 11:27 AM
Dikemaskini: 3:27 AM
ADS

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah kepada Mohd Khalid Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Polis Negara yang baru.

Ahmad Zahid berkata berdasarkan latar belakang kepimpinan cemerlang termasuk pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman serta memegang pelbagai jawatan strategik sejak 2018, dia yakin Mohd Khalid akan membawa pendekatan yang menyeluruh dan progresif bagi memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam.

“Insya-Allah, di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Khalid, saya percaya Polis Diraja Malaysia akan terus kekal sebagai institusi yang dipercayai rakyat serta disegani kawan dan lawan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Razarudin Husain atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara, dan sumbangannya akan sentiasa dikenang.

Mohd Khalid, 60, dilantik menggantikan Razarudin berkuat kuasa hari ini. Dia pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 Sept 2021.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen