malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Skandal rasuah: Menteri Sabah dilaporkan bakal didakwa
Diterbitkan:  Jun 20, 2025 10:22 AM
Dikemaskini: 3:10 AM
ADS

Seorang menteri Sabah dilaporkan antara tiga individu yang dijangka akan didakwa di mahkamah atas skandal rasuah lesen perlombongan mineral, yang menggegarkan negeri itu sejak ia didedahkan tahun lalu.

Memetik sumber, akhbar berbahasa Inggeris, The Star, berkata Adun yang masih berkhidmat dalam kabinet Ketua Menteri Hajiji Noor akan dipanggil untuk disoal siasat minggu depan.

Bagaimanapun, laporan itu tidak mendedahkan identiti menteri berkenaan.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki untuk mengulas dakwaan itu dan jika ada rancangan untuk mendakwa Adun lain yang terlibat dalam skandal itu.

Azam baru-baru ini menyatakan bahawa dua Adun Sabah dan seorang orang awam akan didakwa berhubung skandal tersebut.

Orang awam itu kemudiannya disahkan sebagai ahli perniagaan yang mendedahkan skandal berkenaan. Dia akan didakwa di Kota Kinabalu pada 30 Jun ini.

Pemberi maklumat terbabit sebelum ini menyerahkan sekumpulan video, dokumen dan tangkapan skrin mesej WhatsApp kepada SPRM, didakwanya membabitkan beberapa Adun dalam skandal perlombongan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen