malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Susulan kritikan keluarga, Dzulkefly padam gambar Hadi di IJN
Diterbitkan:  Jun 18, 2025 6:25 PM
Dikemaskini: 12:29 PM
ADS

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad telah memadam gambar dia bersama Abdul Hadi Awang, semasa menziarahi presiden PAS itu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, hari ini.

Ia selepas keluarga Hadi menyatakan rasa kesal dengan Dzulkefly yang mengongsikan gambar itu tanpa izin mereka.

Hantaran Dzulkefly kini hanya memaparkannya dengan kakitangan IJN.

Terdahulu, anak Hadi, Muhammad Khalil berkata, pihaknya kecewa dengan sikap Dzulkefly yang disifatkan sebagai tidak menghormati privasi keluarga dan prosedur operasi standard (SOP) lawatan di hospital.

“Malah penyebaran gambar tuan guru (Abdul Hadi) tanpa izin keluarga yang dimuat naik di Facebook menteri untuk tatapan awam, amatlah tidak wajar dan sangat tidak beretika.

“Sikap tidak profesional ini sangat dikesali,” katanya yang juga Exco kerajaan Terengganu.

Muhammad Khalil Abdul Hadi

Terdahulu, Dzulkefly dalam hantaran di Facebook mengongsikan gambarnya menziarahi Hadi di IJN.

Bersyukur dengan rawatan yang berjalan lancar, dia berkata Hadi dijangka akan pulang dalam masa terdekat.

“Saya dimaklumkan bahawa walaupun prosedur yang kompleks, semuanya telah berjalan dengan lancar. 

“Insya-Allah, beliau dijangka akan pulang dalam waktu terdekat, dan marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan sepenuhnya,” katanya.

Dzulkefly turut mengucapkan penghargaan kepada pasukan Kardiologi dan Surgeri Kardiovaskular dan Torasik IJN.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen