malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Sim: Meski banyak kritikan, Anwar terus kerja keras untuk pembaharuan
Diterbitkan:  Jun 18, 2025 4:10 PM
Dikemaskini: 8:10 AM
ADS

Meskipun Anwar Ibrahim kini dilihat berdepan pelbagai kritikan dalam pelbagai isu, backbencher PKR Sim Tze Tzin percaya perdana menteri itu berhak mendapat pujian kerana berusaha untuk meneruskan pembaharuan penting, termasuk berhubung pembaharuan penjagaan kesihatan swasta.

Sambil merujuk kepada kerja-kerja penting di sebalik tabir yang dilakukan oleh perdana menteri, Sim berkata Anwar gigih berusaha untuk memastikan kemajuan negara.

"(Anwar) mendapat banyak kritikan baru-baru ini atas pelbagai sebab. Tetapi, satu perkara yang pasti, dia bekerja keras untuk negara. Banyak pembaharuan sedang berjalan," kata Ahli Parlimen Bayan Baru itu dalam catatan media sosial hari ini.

Baru-baru ini, Anwar yang juga menteri kewangan, mendapat kritikan daripada pelbagai pihak berhubung beberapa inisiatif kerajaan berkaitan reformasi fiskal, termasuk peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Antara lain, enam kumpulan perniagaan semalam merayu agar kerajaan menangguhkan peluasan SST sehingga ekonomi negara stabil, dengan menegaskan bahawa masa, magnitud dan skop langkah cukai itu adalah sangat tersasar.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin juga menuduh Putarajaya mempermainkan sandiwara ‘Robin Hood’ dalam usahanya untuk mewajarkan perluasan asas cukai.

Selain pengembangan SST, kerajaan juga bersedia untuk melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi bagi tenaga elektrik dan bahan api RON95, yang menyemarakkan kebimbangan tekanan ekonomi terhadap rakyat.

Sementara itu, Sim juga berkata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen dijadual mengadakan empat prosiding minggu ini untuk menyiasat harga yang semakin meningkat untuk premium insurans dan kos penjagaan kesihatan swasta.

Dia menambah bahawa jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat kedua dengan CEO syarikat insurans dan gabenor Bank Negara.

"PAC telah melakukan dua perbicaraan awam dan hampir 18 prosiding mengenai isu ini. Ia adalah siasatan yang paling lama dan terperinci," katanya.

Dia juga memuji pengumuman Anwar mengenai pembentukan jawatankuasa khas yang menampilkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan untuk menangani peningkatan kos perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta.

"Memandangkan kita menjalankan peranan kita sebagai ahli parlimen, saya gembira melihat kerajaan menjalankan tugas mereka untuk memperbaharui sektor ini. (Jawatankuasa khas) pastinya berita baik untuk pekerja syarikat, M40, dan ramai B40 yang membeli insurans untuk melindungi diri mereka," tambah Sim.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen