malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Seleweng dana lebuh raya: SPRM sambung ambil keterangan Tan Sri Khamis ini
ADS

SPRM dijangka menyambung proses rakaman keterangan seorang individu bergelar Tan Sri berhubung siasatan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang, Khamis ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan proses berkenaan akan berlangsung di kediaman individu terbabit di ibu negara pada sembilan pagi, 19 Jun ini.

Pada 11 Jun lepas, SPRM telah merakam keterangan awal individu terbabit selama enam jam bermula kira-kira sembilan pagi, namun ia terpaksa dihentikan sementara atas faktor kesihatan.

Sebelum ini media melaporkan SPRM menyita pelbagai aset, termasuk beg tangan, barangan kemas, kenderaan mewah, jam tangan, wang tunai, dan kediaman mewah keseluruhannya dianggarkan kira-kira RM32 juta dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri, bagi membantu siasatan.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen