malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Israel serang ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran
Diterbitkan:  Jun 15, 2025 9:24 AM
Dikemaskini: 1:29 AM
ADS

GLOBAL | Serangan udara Israel pada awal pagi Ahad menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laporan agensi berita Tasnim.

Serangan itu, lapor agensi berita berkenaan, menyasarkan bangunan kementerian pertahanan dan logistik angkatan tentera di kawasan Nobonyad, menyebabkan kerosakan kecil pada sebuah bangunan pentadbiran.

Setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Iran.

Terdahulu pada pagi Jumaat, tentera Israel melancarkan serangan terhadap Iran dengan menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu negara itu.

Serangan tersebut turut mengorbankan beberapa komander tentera dan saintis kanan Iran.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di wilayah Israel mengakibatkan kematian dan kecederaan serta kerosakan kepada bangunannya.

- Bernama/Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen