Asean berpotensi menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 jika rantau ini mengekalkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang stabil pada 4.0 hingga 5.0 peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata unjuran pertumbuhan KDNK Asean bagi 2025 pada masa ini sebanyak 4.7 peratus seperti yang dikongsi oleh Sekretariat Asean.
“Bagaimanapun, keadaan amat dinamik. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga baru sahaja menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global.
“Semuanya bergantung pada situasi ekonomi global,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pelan Strategik Komuniti Ekonomi Asean 2026–2030 di Kuala Lumpur hari ini.
- Bernama

