malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Buah tempatan tak kena cukai jualan – tak terkesan dengan warta k’jaan
ADS

Nota Editor: Artikel ini telah dikemas kini selepas menerima penjelasan daripada Kementerian Kewangan.


Kementerian Kewangan menjelaskan kekeliruan berhubung apa yang dilihat sebagai percanggahan yang timbul mengenai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas buah-buahan – sama ada yang buahan tempatan mahupun yang diimport.

Perintah kadar cukai jualan yang diwartakan pada Isnin lalu menunjukkan banyak buah-buahan yang lazimnya ditanam di dalam negara tersenarai sebagai barangan yang akan dikenakan cukai jualan sebanyak lima peratus, manakala senarai pengecualian cukai hanya menyebut kelapa sebagai satu-satunya buah yang dikecualikan.

Namun, Kementerian Kewangan menjelaskan bahawa buah-buahan yang ditanam di dalam negara dikecualikan daripada SST.

Di bawah Akta Cukai Jualan, hanya barangan tempatan yang diproses atau dikilangkan sahaja dikenakan cukai – serta semua barangan yang diimport.

“Hasil pertanian yang ditanam di Malaysia bukan merupakan barangan yang dikilangkan; oleh itu, ia tidak tertakluk kepada cukai jualan.

“Namun, sekiranya buah-buahan tersebut diimport, maka ia akan dikenakan cukai berkenaan.

“Ini termasuk buah-buahan tropika seperti pisang, nanas dan rambutan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini, kumpulan pengguna yang ditemu bual Malaysiakini membangkitkan kebimbangan bahawa bekalan buah-buahan tempatan tidak mencukupi, dan bahawa buah-buahan import memainkan peranan penting dalam memastikan pemakanan seimbang untuk rakyat Malaysia.

Kadar baru SST akan berkuat kuasa mulai 1 Julai.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen