malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Malaysiakini anjur kempen derma darah
Diterbitkan:  Jun 10, 2025 8:40 AM
Dikemaskini: 12:53 AM
ADS

Malaysiakini menganjurkan kempen derma darah semalam sebagai sebahagian daripada langkah sempena sambutan Hari Penderma Darah Sedunia pada 14 Jun ini.

Acara itu diadakan di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya dan diadakan dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

Ia menyaksikan kakitangan portal berita terbabit serta pekerja dari pejabat sekitar menyingsing lengan baju mereka untuk membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

“Di Malaysiakini, kami percaya memberi semula masyarakat bukan sekadar melalui kewartawanan sebaliknya dengan tindakan.

"Kempen derma darah ini adalah cara yang mudah tetapi sangat berkesan untuk menyelamatkan nyawa dan menyatukan kami, pelanggan dan orang ramai untuk tujuan yang sama," kata Eksekutif Sumber Manusia Malaysiakini, Sugannia Chandra Shakar, yang menganjurkan acara itu.

Setiap peserta mengambil masa kira-kira sejam untuk proses berkenaan, bermula dengan pemeriksaan perubatan bagi menentukan kesesuaian mereka, pengambilan kira-kira 450ml darah, dan berehat seketika apabila ia selesai.

Para penderma juga diberikan minuman ringan untuk membantu mereka benar-benar pulih.

Darah yang dikumpul akan menjalani ujian lanjut bagi memastikan ia bebas daripada penyakit berjangkit sebelum dipisahkan kepada komponennya atau digunakan terus dalam intervensi menyelamatkan nyawa di pelbagai hospital di negara ini.

Darah yang didermakan dan bahagian konstituennya mempunyai jangka hayat yang terhad - selama lima hari untuk platelet, dan tiga tahun untuk plasma.

Ia menyebabkan stok darah dan produk darah tidak menentu, dan Pusat Darah Negara kerap membuat seruan untuk lebih ramai penderma untuk meningkatkan apabila simpanan darah berkurangan.

Menurut laman webnya, pusat itu menerima permintaan kira-kira 600 hingga 700 beg sel darah merah setiap hari daripada hospital di seluruh Lembah Klang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen