malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemandu rentung lori balak terbakar
Diterbitkan:  Jun 8, 2025 9:31 PM
Dikemaskini: 1:31 PM
ADS

Seorang pemandu lori balak rentung apabila kenderaan dipandunya itu terbakar akibat kemalangan di jalan balak di kawasan Samarakan, Bintulu hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 1 tengah hari.

Mangsa dikenal pasti sebagai Kanang Inggai berusia 57 tahun.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang tiba di lokasi kemalangan mendapati mangsa terperangkap di dalam kenderaan.

“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa pada 2.49 petang,” menurut kenyataan itu.

Menurut PGO bahagian kepala lori itu terbakar 100 peratus, namun api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pekerja sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen