malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pekerja kilang maut motosikal terbabas langgar anjing melintas
Diterbitkan:  Jun 8, 2025 3:36 PM
Dikemaskini: 7:36 AM
ADS

Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas akibat melanggar seekor anjing yang melintas di Jalan Malim Nawar-Kota Bharu, Kampar pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata kejadian berlaku pada 7.35 pagi semasa mangsa Mohd Safaril Mohamed Anuar, 42, dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nazri berkata kemalangan menyebabkan bahagian depan dan kiri motosikal Honda EX5 mangsa rosak.

Mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen