malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lebih 200 banduan lari dari penjara lepas gempa bumi di Pakistan
ADS

Lebih 200 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar pelabuhan selatan Karachi selepas gempa bumi merosakkan dinding penjara berkenaan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Insiden itu berlaku lewat Isnin malam apabila banduan meloloskan diri melalui dinding yang rosak di Penjara Malir yang terjejas akibat beberapa gegaran berintensiti rendah di kawasan berkenaan sejak Ahad, menurut Ketua Polis Sindh Ghulam Nabi Memon kepada akhbar tempatan "Dawn".

Dia berkata operasi bagi menangkap semula 216 banduan telah dilancarkan dan setakat ini, seramai 78 telah berjaya ditahan semula.

Usaha memburu baki 138 banduan masih diteruskan, katanya.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen