malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
APB: Pemuda Umno S'gor mahu kuota bumiputera dijamin
Diterbitkan:  Jun 3, 2025 11:44 AM
Dikemaskini: 3:44 AM
ADS

Kerajaan harus menetapkan kadar nisbah khusus untuk orang Melayu dalam projek pembangunan di bawah Akta Pembaharuan Bandar (APB) yang dicadangkan, kata Pemuda Umno Selangor.

Mereka juga memaklumkan sudah membentuk jawatankuasa khas bagi mengkaji akta yang dicadangkan itu serta memberi input.

Ketuanya Imran Tamrin berkata sebarang akta yang peraturan yang berpotensi harus melindungi kedudukan dan kepentingan orang Melayu serta bumiputera di kawasan bandar.

“Kami menggesa agar satu perlindungan yang jelas dimasukkan dalam rang undang-undang untuk memelihara komposisi demografi orang Melayu dan bumiputera dalam mana-mana pembangunan semula yang dijalankan di bawah APB,” katanya yang dipetik FMT hari ini.

Sambil menyokong keperluan untuk menaik taraf kawasan bandar – terutamanya yang melibatkan rumah pangsa kos rendah usang –Imran berkata mesti ada mekanisme undang-undang untuk melindungi pemilikan bumiputera.

Dia juga mengingatkan pembangunan semula boleh membawa kepada perubahan besar seperti flat lima tingkat biasa – sebahagian besarnya diduduki orang Melayu – digantikan dengan bangunan 20 hingga 30 tingkat.

"Undang-undang perumahan kita sekarang hanya memerlukan sekitar 30 peratus unit dikhaskan untuk bumiputera, bermakna 70 peratus terbuka kepada pasaran,” katanya.

Keadaan tersebut, dakwa Imran, membuka ruang kepada kemungkinan komposisi orang Melayu berkurangan di kawasan yang dibangunkan semula itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen