malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
105 warga asing cuba menyelinap masuk dihantar pulang
Diterbitkan:  May 31, 2025 2:55 PM
Dikemaskini: 6:55 AM
ADS

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya mematahkan cubaan warganegara asing memasuki Malaysia dengan menggunakan helah transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.

Dalam kenyataan hari ini, agensi itu berkata mereka menghantar pulang 105 warga asing setelah tidak memenuhi syarat kemasukan.

"Dalam satu operasi pemantauan baru-baru ini, lebih 400 individu dari Bangladesh, Pakistan, dan India diperiksa dan didapati 105 orang daripada mereka tidak memenuhi syarat kemasukan dan telah diarahkan pulang.

"Taktik yang digunakan ialah mereka mengaku hanya transit di Malaysia sebelum menuju ke negara ketiga.

"Namun, hasil siasatan bersama syarikat penerbangan mendapati tiket penerbangan ke negara ketiga dibatalkan sebaik sahaja mereka menaiki pesawat ke KLIA, dan ini merupakan salah satu helah yang bertujuan mengaburi pegawai imigresen," katanya.

Tambah AKPS, agensi itu akan terus mempertingkatkan pengawasan di semua pintu masuk negara, menambah baik mekanisme semakan, dan melakukan saringan teliti terhadap setiap individu yang masuk atau keluar dari Malaysia.

"Tiada kompromi akan diberikan kepada mana-mana pihak, termasuk pegawai yang cuai atau bersubahat dengan mengenakan tindakan tatatertib serta undang-undang yang tegas kepada mereka,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen