malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis buru lelaki panjat balkoni curi pakaian dalam
Diterbitkan:  May 28, 2025 4:45 PM
Dikemaskini: 8:45 AM
ADS

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita yang diisidai di balkoni sebuah pangsapuri berhampiran Jalan Dr Wu Lien Teh di George Town, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu daripada pemilik rumah, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun pada 10 pagi dan insiden berlaku pada 4.24 pagi hari yang sama.

"Pihak polis mengesan satu rakaman video tular dimuat naik di media sosial hari ini dan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial satu video berdurasi 34 saat memaparkan gelagat seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita dari balkoni sebuah rumah sehingga menerima kritikan netizen.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen