malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
KPDN tahan lelaki seludup petrol di Kota Bharu
Diterbitkan:  May 28, 2025 1:15 PM
Dikemaskini: 5:15 AM
ADS

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kegiatan penyelewengan dan penyeludupan petrol bersubsidi, di sebuah stesen minyak di Jalan Sultanah Zainab di Kota Bharu semalam.

Pengarah KPDN negeri Azman Ismail berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada 12.55 tengah hari.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas sebuah Proton Wira, mendapati kenderaan itu telah diubah suai dengan tangki tambahan, dipercayai digunakan untuk tujuan menyeludup petrol bersubdisi ke negara jiran.

“Kenderaan itu dan kira-kira 150 liter petrol, beberapa invois pembelian petrol bertarikh 27 Mei serta dokumen berkaitan pemilikan dan pergerakan barang kawalan turut dirampas.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tindakan turut diambil terhadap pemilik stesen minyak terlibat bagi menentukan sama ada dia bersubahat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen